Sunday, 17 June 2012

Begini bercinta


Si dia merenung jauh ke arah bukit nun di sana disinari sang Bulan.Kelihatan mesra burung burung berpasangan bahagia melintasi langit gelap gelita.Namun hati si dia masih gusar memikirkan sesuatu.Bermacam macam prasangka melintasi neuron nya tetapi jeritan hatinya tidak bersuara.Si dia mengesyaki sesuatu dari ku kerana sudah lama tidak berhubungan.Lalu ditutup tirai dan membuka laptop jingga berjenama ASUS lantas terus log in facebooknya.Kelihatan jelas terpampang nama ku di bahagian chat sebelah kanan skrin 14 inchi tersebut.Terus terasa hati si dia untuk berterus terang untuk bertanya .Dibukanya IM.


#Ku Emoticon#Si dia


Awak,kenapa awak tak pernah pon ajak saya keluar jalan jalan,tengok wayang,makan sekali macam couple lain?

Saja.malas la.

Saja ke atau awak malu nak keluar dengan saya?

Mana ada.

Kenapa kita tak pernah gayut malam malam macam couple lain?


Sebab saya nak jimat kredit.

Sampai hati awak kan.Kenapa kawan saya panggil kekasih dia 'sayang' tapi awak tak pernah pun panggil saya 'sayang'?Awak tak sayang saya ke?


Sayang tapi geli la perkataan tu.nak termuntah dengar.

K fine.Saya rasa awak tak serius dengan saya.Sedih hati saya tau.Saya sayang kat awak tau tak?


Nak tahu kenapa saya tak pernah ajak awak tengok wayang ,jalan jalan,makan sekali ?Sebab nanti bila dah kawin nanti awak takkan rasa boring nak keluar dengan saya dan nanti awak boleh pegang tangan,peluk saya sesuka hati,kan lebih romantik.Lagipon bukan ke tak elok kalau kita keluar berduaan?Macam macam orang kata nanti.Saya taknak gayut dengan awak malam malam sebab bukan saya nak save kredit ke apa tapi saya taknak diri saya hanyut dengar suara merdu awak biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya lebih menghargainya.Saya tak panggil awak 'sayang' bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awak 'sayang' bila kita dah jadi suami isteri nanti kerana awak takkan merasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.Saya cintak kat awak tau tak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri.

Terima kasih bakal suamiku.Saya cintakan awak sangat sangat.Tidak salah saya memilih awak jadi calon suami saya.Jom kahwin!
Emoticon

TAMAT






P/s : Ini gaya aku kalau nak bercinta.Tak keluar ,tak bergayut ,tak panggil sayang.Lu boleh tahan?





Thursday, 14 June 2012

Luahan Hati


Aku harap kau mendengar.Aku harap kau membaca.Bukan lah untuk tontonan semua.Tetapi untuk pengetahuan saja.Bukan niat nak melupakan.Tapi hati terasa tawar.Jangan di salah ertikan.


Bukanku tidak mahukan.Tetapi aku tidak sesuai.Dunia kau dan aku berbeza.Mentaliti kau dan aku berbeza.Pemikiran kau dan aku berbeza.Jauh di pelusuk nusantara.


Aku tercari cari keserasian.Aku meronta ronta.Kalau ada jalan kedua.Tiada lagi selain Allah Taala.Dia tahu 
yang terbaik.Dan kau sentiasa di hatiku.Walaupun sudah tidak sama.

Emoticon

Aku harap kau mengerti


Tuesday, 12 June 2012

Ceritaku tiga diva


Bila kebosanan melanda, idea di otak mula menerjah segala urat urat saraf.Aku tahu ramai juga yang sama seperti aku..Orang kata menulis seronok ,jadi aku cuba untuk berjinak cernak belajar .Dengan berbekalkan lagu lagu klasik terngiang ngiang di telinga dengan internet berkelajuan 128.0 Kbps otak mula terfikir.Klik bertalu talu mendengar lagu lagu youtube dan agak hairan kelajuan agak laju tidak seperti biasa.Lantas terus aku mengelog masuk twitter dan facebook seperti biasa.1 notification di facebook menunjukkan semakin boringnya laman tersebut(tak hot).Tiba tiba terfikir untuk mencoret blog,tapi apakah isi pulasannya?Bodoh kenapa aku tidak ingat .Hasil printscreen oleh keyboard ohsem
Emoticon
                              
rubi dengan kata pendek 'aku'.dasar pemalas.haha
Pijah dengan syu pon nak.okay okay

Aku tahu mesti kalian tertunggu tunggu 'Bila lah Dayat nak menulis pasal aku'.Betul tak?Kan kan kan.Mengaku jelah.Oleh kerana ketiga tiga wanita jelitawan ini dari CFS,jadi segala pasal mereka hanya berpusatkan di sana.Teringat kenangan kenangan di CFS :').Yalah umur depa 19 tahun sokmo,satu single ,satu its complicated.com dan lagi satu married.#If you know what i mean.Muehehe.Sila inform kalau berlaku sebarang perubahan
(AYAT AYAT SETERUSNYA BAHASA PASAR)
Emoticon
Nor Robiah Abd Rahman
    So,macam mana nak cerita dia ni.Aku benci gila dia ni sebab jahat.Dah la cakap banyak.Hehe melawak ja,saja buat gimik.Dia ni baik larr.Ok,sebenarnya dia ni ada banyak nama.Macam macam la nama dia rubi,robi,ubi,rub,beah,biah,biahgagah(terbaru).Tudia segala nama scientific semua pon ada.Dia ni tembam tembam sikit .hehe jangan mara tapi comei la sikit sikit.(terpaksa)
    Bila first time jumpak tak ingat,dalam studio kot sebab dia ni sestudio ngan aku dari sem 1 lagi.Pi kelas lain pon asyik asyik muka dia,meme takdop dah orang lain ka.haha.Time sem 1 pon aku dah rapat dengan dia duk sembang sembang utagha.Sampai sampai sem 3 bersama,cey macam couple bunyi,maksud aku bersama satu studio la.
    Time sem 3 ni dia ni ada skandal dengan ehem ehem.tapi dia direject.#eh ke dia yang reject.Haha semua ini hanyalah gosip gosip liar.aku tak pecaya sangat ,aku tau hang sayang aku Rubi haha.Memanjang masuk hospital,bila tanya sakit apa,jawab benda merepek tapi yang sure sekali tu masuk sebab kaki patah ankara belon,kesian dia.hehe..Mulut MasyAllah macam laser,dia main tembak ja sapa nak sembur.Kalau suruh belanja mesti jawab "Memang duit mak aku bagi suruh belanja kau pon Dayat".Haha agak pedih tapi takpa dah besa.
    Apa apa pon sebenarnya dia ni baik orangnya,orang kata boleh lah ciri ciri wanita yang baik la.Banyak jugaklah kenangan kita bersama kan.Akhir kata much love from me xoxo.haha XD
Emoticon
Hafizah Binti Hasbullah

    Nindia hotstuff UIA buat troll face.sorry curi gambar dari facebook huahua.Budak Kelana Jaya tapi pandai cakap utagha,Nama hafizah tapi tapi macam macam nama lain dia ni.Pijah,Pijahat,Fizah,Fyezah,Angelina Jah(terbaru)semua nama aku panggil.haha.Dia ni memang retis lah kat UIA(kata Nawal)dia lalu nak pi UKC ja 10 orang tegur.Punya lah terkenal.Tudia sampai macam tu sekali,jeles pakwe pakwe dia #eh.
   Aku kenal dia ni dari sem 1 lagi sebab satu kelas Understanding Islam.Datang kelas tidur je memanjang,nasib baik tak mengeroh.haha.Masa awal awal kenal memang segan dengan dia nak cakap pon malu.Sebab tu message ja duk tanya kelas UI batal ke tak.haha rindu pulak Ustaz Maulana.
    Sekali tengok muka dia agak chubby2 tapi comey lar :P.Namun di sebalik wajahnya yang ayu itu menyembunyikan 1001 makna haha.Style lepak punya orang ,tak cover dah walau depan laki rasa nak korek dia korek ja.Lagi satu dia sekali bersin macam singa bergegaq satu UIA haha.
    Time sem 3 aku dah rapat dengan dia macam kawan baik,dia ni la kaki gosip aku.And Aku tengok memanjang berkepit dengan nawal .Pastu last sekali aku ada pi trip ke Penang sekali dengan budak studio dia dan trip itu awesome nak mampos terbaek.Apapapon semoga mendapat jodoh yang terbaik Pijah XD
                                                                               Emoticon
Nur Syuhada

    Syuhada lebih dikenali sebagai syu berpesonaliti pelik yang aku pon tak faham.Nama dia tak berapa banyak.Sem 1,sem 2 aku asyik duk dengar je pasal dia ni.Siapa pulak kan minah ni?Aku duk fikir siapa lah si Syu ni sebab satu kos tapi tak sama studio or kelas pon.Orang kata jangan semangat assabiah,kenal dengan semua orang.haha.
    Fikir punya fikir(tak fikir pon sebenarnya) ada lah satu malam ni aku di takdirkan bertemu dengan dia ni.Maknanya malam tu first time bersembang la.Dia dengan Fer hot datang studio 4 lepak sekali buat project 2 ED.Dia ni sembang macam dah kenal lama je,mulut punya lah bising.Ada ka patut dia panggil aku Helal,itu nama bapak aku.Pastu suruh suruh identify colour project 2 dia tuh yang annoying.haha.
    Mula mula kenal macam pelik la sebab dia suka buat benda yang mysterious.Pastu gaya dia cakap lebih kurang syafiqah membe rapat dia tuh.potpetpotpet.Tapi bila lama lama kenal dia okay sebenarnya.Syu ni sebenarnya baik sangat sangat.comel pulak tu.Ari jangan mara ye.Dia ada simpan rahsia tabiat aku time stay up kat studio,jangan bagitau orang okay.LOL,Apa apa pon cayok syu muehehe.BTW,sampai sekarang aku tak tahu kat mana rumah dia.Kelantan kot XD


p/s:kalau ada apa nak puji ke,tak puas hati ke,nak belanja aku ke tweet je k.Apa apa pon hampa adalah kawan terawesome aku.hahaSmiley

Friday, 8 June 2012

Sendiri

Siapa mahu hidup sendiri
Jauh dari hiruk pikuk kota
Sedang orang berfoya foya
Namun masih berdiri di sini

Usah engkau bertalam muka
Nanti dalaman kulat pekat biru
Tiada orang yang mahu
Siapa lagi peneman mesra?
Mengulit mimpi seindah senyuman
Siapa lagi?Jawablah hati

Di kala huru hara melanda
Kau masih menjerit tak bersuara
Itu lah pentingnya peneman
Biar sukar hidup tanpa duniawi
Namun senang bersama ukhrawi

Thursday, 7 June 2012

Siapa sangka senangnya kafir

Meninggalkan solat secara menyangkal dan menantang adalah kafir dan keluar dari agama Islam dengan ijma kaum muslimin.Adapun orang yang meninggalkannnya sedang ia masih beriman dan meyakini kewajibannya,hanya ditinggalkanannya kerana lalai atau alpa,bukan kerana sesuatu halangan yang diakui oleh syarak.maka hadis telah menegaskan bahwa ia KAFIR dan wajib dibunuh.

1.Dari Buraida r.a :
"Telah bersabda Rasulullahh s.a.w :
"Janji yang terikat erat antara kami dengan mereka ialah shalat,"Maka barangsiapa meninggalkannya,berarti ia telah kafir.(H.r Ahmad dan Ash-habus Sunan).

2.Dari Jabir r.a :
"Telah bersabda Rasulullahh s.a.w :
Batas di antara seseorang dengan kekafiran itu ialah meninggalkan shalat."(Hr. Ahmad,Muslim,Abu Daud,Turmudzi dan Ibnu Majah)

 SUATU PERDEBATAN MENGENAI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Subki menyebutkan dalam "Thabaqat asy-Syafi'iyah"bahwa syafi'e dan Ahmad r.a pernah bersoal jawab mengenai hukum orang yang meninggalakn solat.Berkata Syafi'e ; "Hai Ahmad apakah menurut pendapat anda ia kafir?"
Ujar Ahmad : "Memang."

Syafi'e  :Jika kafir,bagaimana caranya ia masuk Islam?

Ahmad :Hendaklah ia mengatakan : La ilaha illallah, Muhammadaur Rasulullah.

Syafi'e  :Orang itu masih mempertahankan ucapan tersebut dan belum pernah meninggalkannnya.

Ahmad :Kalau begitu, ia masuk Islam dengan melakukan solat

Syafi'e  :Solat orang kafir tidak sah,dan dengan itu ia tak dapat dikatakan masuk Islam.

Maka Ahmad pun diam, dan semoga kedua Imam itu diberi rahmat oleh Allah Ta'ala.
_________________________________________________________________________________
Semua yang tercoret di atas ini adalah bersumberkan fikih sunnah oleh Sayid Sabiq jelid 1-2-3-4.Jadi apakah anda tidak takut digelar kafir?Apalah beza orang yang meninggalkan solat seperti orang hindu ,budha ,kristian ,atheist,dan Yahudi laknatullah.

Apakah perasaan jikalau kamu digelar kafir."Oi kapiaq hang buat apa?" Sudah tentu terasa marah dipanggil sebegitu rupa.Apa yang hendak dimarahkan jika subuh,zuhor,asar,maghrib,isyak entah hilang di telan arus kelalaian.Biar apapun hobi kita jangan sampai jadi TAIK.kata Ustaz Azhar Idrus.Makna kata jangan sesekali tinggal sembahyang walau macam mana keadaan susah pon kerna sedangkan melambatkan sembahyang pun dikira berdosa besar dan disediakan neraka yang khas buat mereka .Wallahualam.


Sekian dari saya Hidayat Helal.Assalamualaikum

P/s: Nak enjoy pon enjoy laa.Sembahyang jangan tinggai..masuk neraka baru berakai.


Monday, 4 June 2012

Sembilan

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Namun tidaklah semua perempuan disenangi oleh lelaki kerna ada segelintir mereka yang 'gedik' dihanyuti arus perubahan dunia moden.Bagi lelaki baik yang masih mencari calon isteri acapkali lelah memikirkan apakah yang terbaik bagi mereka sehingga ada yang menjadi anak teruna tua .Bagiku tiada apa yang lebih penting daripada AD DIN nya.


1. Sikap Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Saturday, 2 June 2012

Memoir never lose

Berakhir sudah semester 3 di CFS IIUM meninggalkan 1001 kenangannya sama ada manis ,masam, tawar ,pahit segalanya terungkap di sini.Tidaklah aku lupakan selama setahun aku berada di sini ku belajar erti hidup susah pahit getir senang menadahi hujanan metropolitan Kuala Lumpur.Di sinilah ku kenal erti kawan dan lawan siapa mencabar kita dalam liku liku hidup seterusnya.

Bersama budak studio setelah menghabiskan projek terakhir.

                           

And next is 

Jadi setelah tamatnya apakah aktiviti aktiviti harian ku di Sungai Petani ,Kedah.Apalah daya ku sekadar yang mampu membangkai di rumah membuat kerja part time jaga bilik di rumah.Di samping itu,terdapat jugak aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat,mari kita korek dan usha.Hehe.sory ayat skema ckit(sikit).

TURN ON


TRIP KE PENANG
Duk berbincang di dalam apartmen untuk aktiviti hari seterusnya.hehe
Dekat Georgetown lepak depan balai polis bukan ada pasai haha
Yang duk depan baju putih tu nama dia mad.Dia memang macam tu.haha

Pakat pakat duk berposing atas bukit bendera.haha
                              
Haha bergambaq time lepak dekat dekat gurney
haaa nindiaa Air Terjun Titi Kerawang.


FASILITATOR SMK BONGOR

Banner selangkah ke menara gading SMK Bongor(bukan bongoq)

Time ni abg kimi dok ajaq depa nynyi time ice breaking.haha

Nindia abg hidayat bagi direction kat hampa.:P


HAHA depa main game boom boom hambik kena ayaq kopi campuq kunyit.


Abang abang fasi yang hensem.hehe


Kami lepak kat cs buat reunion lah.