Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
Namun tidaklah semua perempuan disenangi oleh lelaki kerna ada segelintir mereka yang 'gedik' dihanyuti arus perubahan dunia moden.Bagi lelaki baik yang masih mencari calon isteri acapkali lelah memikirkan apakah yang terbaik bagi mereka sehingga ada yang menjadi anak teruna tua .Bagiku tiada apa yang lebih penting daripada AD DIN nya.
1. Sikap Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut,
mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.
2. Keanak-anakan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah
bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap
keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri
kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.
3. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat
untuk berbincang masalah dan sebagainya.
4. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita
yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan
tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki
berasa bangga.
5. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita
tersebut menghargai dirinya.
6. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan
dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita
tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana
saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
8. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh
seorang lelaki terhadap dirinya.
9. Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang
susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan
spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang
memancar keluar dengan indah dan mempesona.
No comments:
Post a Comment