Sunday, 17 June 2012

Begini bercinta


Si dia merenung jauh ke arah bukit nun di sana disinari sang Bulan.Kelihatan mesra burung burung berpasangan bahagia melintasi langit gelap gelita.Namun hati si dia masih gusar memikirkan sesuatu.Bermacam macam prasangka melintasi neuron nya tetapi jeritan hatinya tidak bersuara.Si dia mengesyaki sesuatu dari ku kerana sudah lama tidak berhubungan.Lalu ditutup tirai dan membuka laptop jingga berjenama ASUS lantas terus log in facebooknya.Kelihatan jelas terpampang nama ku di bahagian chat sebelah kanan skrin 14 inchi tersebut.Terus terasa hati si dia untuk berterus terang untuk bertanya .Dibukanya IM.


#Ku Emoticon#Si dia


Awak,kenapa awak tak pernah pon ajak saya keluar jalan jalan,tengok wayang,makan sekali macam couple lain?

Saja.malas la.

Saja ke atau awak malu nak keluar dengan saya?

Mana ada.

Kenapa kita tak pernah gayut malam malam macam couple lain?


Sebab saya nak jimat kredit.

Sampai hati awak kan.Kenapa kawan saya panggil kekasih dia 'sayang' tapi awak tak pernah pun panggil saya 'sayang'?Awak tak sayang saya ke?


Sayang tapi geli la perkataan tu.nak termuntah dengar.

K fine.Saya rasa awak tak serius dengan saya.Sedih hati saya tau.Saya sayang kat awak tau tak?


Nak tahu kenapa saya tak pernah ajak awak tengok wayang ,jalan jalan,makan sekali ?Sebab nanti bila dah kawin nanti awak takkan rasa boring nak keluar dengan saya dan nanti awak boleh pegang tangan,peluk saya sesuka hati,kan lebih romantik.Lagipon bukan ke tak elok kalau kita keluar berduaan?Macam macam orang kata nanti.Saya taknak gayut dengan awak malam malam sebab bukan saya nak save kredit ke apa tapi saya taknak diri saya hanyut dengar suara merdu awak biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya lebih menghargainya.Saya tak panggil awak 'sayang' bukan saya geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awak 'sayang' bila kita dah jadi suami isteri nanti kerana awak takkan merasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.Saya cintak kat awak tau tak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri.

Terima kasih bakal suamiku.Saya cintakan awak sangat sangat.Tidak salah saya memilih awak jadi calon suami saya.Jom kahwin!
Emoticon

TAMAT






P/s : Ini gaya aku kalau nak bercinta.Tak keluar ,tak bergayut ,tak panggil sayang.Lu boleh tahan?





8 comments: