Saturday, 9 November 2013

Sebenarnya

Sebenar dan sebenarnya
sejak hari itu di bulan mulia
hati aku sudah bergetar
entah kenapa
seperti tidak mahu aku
mengucapakan selamat tinggal
dan di hari semua orang raya
punya satu hari yang istimewa
dan masih jua perasaan yang sama
aku tahu aku bertindak kejam dulu
aku tahu aku begitu bodoh dulu
tapi buat kau tahu
hatiku masih untukmu
masih ku menadah tangan
agar dekatkan hatimu 
dengan hatiku
InsyaAllah


Saturday, 19 October 2013

Takut

Hati ku takut 
teramat takut
kerna ku terlanjur
telah menyayangimu
tanpa ku sedar
ia hadir tanpa klu

Lalu kau menghilang
umpama ku tiada wujud
dan ku seolah sesat
hatiku menangis lagi

Dan saat kau bilang
jangan selalu mengharap
ku bertambah takut
takut hatiku hancur
bagaimana nanti
harus ku hadapi
jika kau pergi
kerna hatiku sebenarnya
hanya untuk mu

Dan ku sedar
ku manusia lemah
lalu ku menadah
agar hatiku kental
dan serah segalanya
pada yang Esa




Thursday, 17 October 2013

Sakit

Manusia cepat berubah
kadangkala putih namun
masih bertindak kejam
perlahan dan sembunyi
merogol hati berdenyut kencang
jiwanya tergantung ke langit
menoreh di setiap nadi
peritnya perasaan ini
sakit yang teramat sakit
pedih yang teramat pedih
harus lalui setiap saat sedar
hampir menitis air jernih
lalu terus menadah tangan
memohon agar tabah
kerana hubungan denganNya
adalah yang utama



Saturday, 12 October 2013

Meniti menuju tuhan

Agak lama hati menyusur angkasa masa
perjalanan pantas selembut sutera
walau sedikit kancah bahtera
mungkin ku lupa mungkin ku alpa
bahwa Allah sedang meanguji hambaNya

Ini bukan lagi soal cinta
tapi ini adalah soal iman
kerna iman manusia tiada tetapnya
ada harinya naik dan ada harinya turun
maka bersyukurlah siapa yang tetap imannya

Ku mencari di mana Dia
ku sesat di ufuk dunia
tiada ku sangka begitu hebatnya dunia
mampu memanipulasikan sejagat manusia
gelora arus berlalu begitu sahaja

Sakitnya peritnya tiada diungkap dengan kata
namun ku hanya mampu berserah
kerna hebatnya nikmat yang Allah pinjamkan
tiada bahagia tanpa derita
hatiku menangis dan terus menangis
kerna mencari dia mana dia

Namun tersedar dengannya jua
kerna ku jatuh dan kau jatuh
pada masa yang sama daerah yang sama
ia tetap menjadi satu rencatan
dan ku sedar Allah yang Maha Esa
tidak akan mengecewakan hambaNya
lalu ku terus berdoa




Thursday, 4 July 2013

Untuk sang pencinta

Detik dan putaran kian terhad
terus bergerak ke hadapan dengan pantas
hati dan perasaan bisa berubah
dengan caca merba kancah berahi
namun tidak pula bagi aku
kerna kasihku hanya kepada yang Esa
dan jugak kepada rasulNya
ikutlah piramida sentuhan alam
menjadi petunjuk sejenak sanubari
mekarnya hati bunganya jiwa
masih segar untuk mu wahai sang pencinta
usah lah kau resah dan ragu akan tinta
pendinding menjadi kecaman hubung minda
masih tiada lagi batasnya
kalau terlepas kamu wahai sang pencinta
mati hati ini deria derita
kerna aku tahu mereka mereka
yang menunggu pasti ada



Dihati ini hanya tuhan yang tahu... 
Dihati ini aku rindu padamu... 
Tulus sanubari menantikan hadirmu... 
Hanyalah kau gadis pilihanku... 


Tuesday, 4 June 2013

Al-Kahf (Gua)


Kali ini Allah menceritakan kejadian dahulu kala yang penuh mutiara ibrah bagi mereka yang mencarinya.


Allah SWT berfirman maksudnya ; 
(Ingatlah) ketika pemuda pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, "Ya Tuhan kami,Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempunakan lah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami."(Surah Al-Kahf,ayat ;10)

Dalam ayat ini terdapat doa para pemuda beriman yang melarikan diri dengan berbekal tauhid,mempertahankan keimanan mereka dari seluruh penduduk yang menyekutukan Allah SWT.Lalu,mereka menemukan sebuah gua tempat persembunyian sementara.Mereka berdoa kepada Allah ketika masuk ke dalam gua untuk meminta rahmat Allah agar meliputi mereka yang cemas bersembunyi agar tidak ditemukan oleh kaum mereka.Lalu,Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama tiga ratus tahun dan sembilan hari.*MasyaAllah kekuasaaan Allah

Allah SWT berfirman maksudnya;
Dan demikianlah Kami bangunkan mereka,agar dia antara mereka saling bertanya,"Sudah berapa lama kamu berada (di sini)"Mereka menjawab,"Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari."Berkata (yang lain lagi), "Tuhanmu lebih mengetahui lagi berapa lama kamu berada (di sini).Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini,dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik dan bawalah sebahagian makanan itu untukmu,dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada siapapun.(Surah Al-Kahf ayat; 19)

Demikian lah sebahagian cerita yang dibongkarkan dari Surah Al-Kahf,semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan pengajaran buat kita sekalian manusia umat Muhammad SAW.Walaupun Ia menceritakan mustahil logik akal namun kita harus percaya kerana Ia adalah dari petikan Al-Quran panduan hidup kita hingga akhir hayat.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.


Kelebihan Surah:
Berikut adalah antara hadis yang menceritakan tentang kepentingan Surah Al-Kahfi. Dan manfaatnya yang terbesar adalah, terselamat dari fitnah Dajjal.
Allah dan RasulNYA telah ajar cara untuk mengatasi fitnah dajjal. Antaranya ialah dengan menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, nombor 809 yang bermaksud:

Dari Abu Darda' r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Siapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal." 

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ianya dihindari dari dosa besar selama 8 hari, dari setiap fitnah yang muncul. Dan sesungguhnya apabila munculnya dajjal, terpeliharalah darinya." 

Wallahualam~

Friday, 10 May 2013

Soal hati dan jodoh

otak sering kali memanipulasi
tatapi hati menjadi jentera kebenaran
memang tidak syak lagi
hati rasa senang dan lapang
ada masa hati rasa bergelora
seolah olah diancam sejagat aura
terasa indahnya
dunia mekar subur
di pelusuk askara sana
merasa seolah tuhan tunjukkan sesuatu
bahwa dia mungkin sesuatu dalam hidupku
hati kini dipusari wangi wangian indah
bersama sama ciptaannya yang indah



Oh Tuhan,seandainya telah kau catatkan
Dia milikku,tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

"Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh,kau dekatkanlah.Sekiranya jodoh aku sukar,kau permudahkanlah dan jodohkan aku dengan wanita yang solehah."

"Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekirannya dia bukan jodohku,maka jauhkanlah daripadanya.Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku."

Jodoh itu rezeki.Jodoh itu rahsia Allah.

Yakinlah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Wednesday, 8 May 2013

Perjuangkan Agama Allah

Sudah dua dekad melata di bumi Allah
namun apa yang telah kau perjuangkan
demi menegakkan agama Allah
malah kau akan disoal ditanya di akhirat kelak
apakah kau yakin dan pasti
bahawa kau akan mendengar
suara panggilan junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W
memanggil "Ummati Ummati!"
sesungguhnya tiada manusia sehebat baginda
kerna di saat kematiannya masih lagi mengingatkan kita
namun apakah kau mengingatkan baginda
usah gamam kau tiada kedengaran panggilannnya
walau baginda hanya sejarak 
kerana apa yang kau lakukan di dunia
menjadi penentu nasib kau di akhirat

"Gunakan masa sebaik mungkin semasa di dunia ,perjuangkan agama Allah kerana Islam adalah agama yang  benar,walau hanya sekecil zarah kerna Allah Maha Mengetahui"

Monday, 29 April 2013

Tepuk dada tanya hati

Tatkala hati gundah gulana memikirkan perasaan cinta
sungguh aku melakukan perkara yang keji
hatiku bagai dirobek direkah oleh raksasa rakus
terpandang di hujung mata begitu indah ciptaan Allah
dia melihat ku terkebil kebil aku melihatnnya tiada perasaan
namun dihelakan pantas ke arah banjaran dan langitan
mungkin masa itu tiada perasaan tetapi otak mula berputar
alangkah bagusnya dia adalah jodohku
kerana tertarik terpikat menatap jauh pemakaiannya
tertutup rapat tiada ruang ruang zina
hari hariku mula menjadi normal di kala hati sudah terubat
ada hari dia mensasarkan derianya ke arahku
namun dia menundukkan pandangannya,MasyaAllah hatiku ini
benar benar tidak dapat menipu lagi
dia mengingatkanku kepada tuhan yang Esa
aku gagah untuk bergerak lintasi hati yang bergetar
jantung deras bergerak tangan apatah lagi
tepuk dada tanya hati

"Ya Allah kau berikan lah aku iman yang teguh,hati yang bersih,kau jauhkan lah aku dari dosa dosa yang melalaikan aku ini,sesungguhnya aku takut akan nerakamu Ya Allah"



Monday, 3 December 2012

Tipu daya dunia

"Anak ku kami mahu kamu belajar bersungguh sungguh,dapatkan keputusan yang cemerlang supaya senang kamu dapat kerja hebat hebat nanti,.Boleh bantu kami yang uzur nanti"

Segalanya ditipu dengan huruf A.Jika kita pergi belajar di  sekolah pasti gurunya menyoal murid muridnya "A untuk apa murid murid" lalu bergema satu kelas "A untuk ayam" Ya ! Bermula saat ini kita semua ditipu oleh dunia.Setiap pagi kita bangun awal dengan longlai melangkah masuk ke sekolah.Kemudian apabila meningkat dewasa,kita mula jejaki universiti termuka tanah air dengan penuh rasa gah.Kemudian kerja pula besar besar doktor,engineer,arkitek,lawyer dan sebagainya.Keadaan terus berulang dan berulang.

Setiap kelahiran pasti ada kematian,sekali hidup sekali mati.Apa tujuan kita dilahirkan di dunia?

Ramai yang ibu bapanya tidak kejut untuk solat fajr tapi hanya ke sekolah.Ianya seolah olah sekolah itu lebih penting dari solat.Dan mereka yang pergi belajar sana,adakah belajar kerana mahukan ilmu kerana Allah,atau hanya mahu lulus peperiksaan.Mereka meneruskan belajar untuk memudahkan urusan mereka di dunia supaya mudah mencari kerja.

Bagaimana pula dengan akhirat?Perkara pertama yang dihisab oleh Allah adalah solat.Orang yang tinggal solat,maka semua amalannya tidak diterima Allah.Jadi solat adalah tiang agama,jangan sesekali tinggal kerana mereka sebahagian daripada orang kafir.Kalau pegang babi boleh samak,tak solat apa lagi boleh buat.Tunggulah mereka diseksa azab neraka kelak.

Orang yang menuntut ilmu bukan kerana Allah tidak cium bau syurga.Kalau tidak cium bau syurga bagaimana mereka mahu masuki syurga Allah.Kebanyakan manusia hanya belajar kerna mahukan wang untuk mengumpul harta dunia.Sedangkan apakah mereka tidak tahu ilmu adalah bekalan untuk menyelamatkan sekalian di akhirat kelak.

Maka ingatlah,biar tidak bahagia di dunia ,tapi bahagia di akhirat.Kalau kita sembah akhirat,dunia pasti akan menyembah kita.

Wallahualam

Thursday, 29 November 2012

What should i do

Chord : C,G,Am,E,F,C,Am,G

bila hatiku bicara
terasa suatu berbeza
mengapa aku rasakan kamu
tidak seperti dulu

dalam tujuh hari seminggu
tidak pernah kulupakanmu
berlari lari dalam igauan
terbawa dalam lenaku

sudikah engkau menjadi
wanita pertama dalam hati
sentiasa aku menunggu
cinta dari mu

oh i feel im in love
do you feel my love
i am crazy for you
now you tell me
what should i do

oh ku jatuh cinta
rasakah cintaku
tergilakan kamu
now you tell me
what should i do

dalam tujuh hari seminggu
tidak pernah kulupakanmu
berlari lari dalam igauan
terbawa dalam lenaku

sudikah engkau menjadi
wanita pertama dalam hati
sentiasa aku menunggu
wo hooo ow wooo 

oh i feel im in love
do you feel my love
i am crazy for you
now you tell me
what should i do

oh ku jatuh cinta
rasakah cintaku
tergilakan kamu
now you tell me
what should i do

Friday, 16 November 2012

Hanya sedikit kupinta

Seorang ahli geologi mengkaji jenis jenis batu manakala seorang lagi masih sibuk dengan projek besarnya yang berharga jutaan matawang.Si pencacai menyusuri mereka dibuat tidak hendak mengambil satu nafas lalu menghala ke arah laut,jauh di sana.
Sebegitu manusia rupanya masih wujud di sfera ini,mungkin patut  dibiarkan mampos sahaja,Tidak mengerti untuk bersyukur kerana mereka lebih sayangkan dunia tidak sedar bahawa mereka menempah neraka.Si pencacai mengalir deras di manakah keadilan saksama kepada nasib badan.
"Beri sedikit kepadaku,sesungguhnya aku di nyawa ikan"Namun dibiarkan sahaja sebegitu kejam.Bersedia lah menghadapi kehidupan kamu di alam kematian.Semoga bahagia!

-BALA UNTUK MEREKA-

Wednesday, 24 October 2012

Rentetan pengorbanan

"Kalau nak berjaya perlulah berkorban.Kejayaan menuntut pengorbanan" katanya dengan nada yang bersemangat.

Apakah yang tersirat di sebalik pengorbanan?Adakah hidup ini satu pengorbanan?Manusia mana tahu apa yang mereka hendakkan di dunia.Mereka semua penipu.Melahap jantung saudara sendiri kemudian menuding jari mencari arah.Si mangsa meronta ronta seolah dirogol jiwanya meratap tidak bersuara hanya mampu teteskan air mata.

Semua mesti tercangak cangak tapi apa sebenarnya yang berlaku.Manusia mudah lupa,mudah leka,mudah alpa.Mereka tidak pernah menghargai pengorbanan teman mereka.Tidaklah maksudnya pula seperti wang masa dan tenaga.Tetapi memberi hati naluri mereka,memberi seluruh jiwa raga mereka.Setelah itu mereka mengkhianatinya,tetapi mereka sendiri tidak perasan.Habis madu sepah dibuang.Bila berhadapan manisnya momen,bila berjauhan hilang segala galanya.

Aku rasa kehilangan.Aku rasa kesunyian.Berasa seperti ditipu oleh manusia manusia sepejuangan.Tetapi mereka tidak tahu.Hilang jiwa,hilang rasa,mengapa perlu ratap?

"Manusia tidak mahu bersendirian tetapi masa menyendirikan sendiri"
Adakah masa menjadi musuh?

Semoga berkekalan selalu

Monday, 22 October 2012

Berubah hati

Sebilah bibir katana lincah
bermain di liku liku hati
sakitnya tidak berapa
tapi tiada kuasa melawan

Di mana semua rasa
hilang di arus masa
kau tidak seperti dulu lagi
tetapi tidak pula aku kenal yang dulu
mengapa perlu sakit hati

Manusia begitu lemah
kerana manusia bisa jatuh
lalu menyalahkan takdir
sedangkan perasaan adalah statik
kau begitu kejam
perlukah lupakan semua
cari yang baharu

Tuesday, 25 September 2012

Ilustrasi Dunia

Dunia tiada lain adalah bangkai yang menjijikkan
Di sana ada anjing anjing yang menghalau
orang yang mengambilnya
Bila engkau menjauhinya,bererti engkau telah selamat
Bila engkau mengambilnya,anjing anjing itu akan merebutnya
Berbahagialah orang yang membiarkan rumahnya
Dengan pintu terkunci dan melabuhkan tirai

Asy- Syafie

Sunday, 9 September 2012

Manusia berubah

Benarkah orang cakap manusia boleh berubah.sejauh mana kebenaran ini.Kalau mengikut pengalaman adakah anda telah mencapai tranforamasi dengan diri anda yang lepas.Manusia boleh berubah dengan sekelip mata,sepantas kilat,telah menjadi hukum karma sejak turun temurun.Persoalannya mengapakah mereka berubah,orang kata berubah ke jahat cepat sekali berbanding berubah ke baik.Mungkin kerana persekitaran,tidak syak lagi dan pasti kerana sudah terbukti dengan diri sendiri.Semua orang pasti merasa kerana tiada manusia dilahirkan sempurna sehingga mati.


Tuesday, 4 September 2012

Suka,minat atau cinta

Orang cakap jatuh cinta itu indah
memang betul indah sekali
bila dah bangun tercangak cangak
mula rasa bosan cari sadungan
kerana ramai tidak mengerti
bezanya suka minat dan cinta

Tapi entah mengapa
takut untuk menghadapinya
mungkin dia terlalu wanita
Iras iras cina begitu
jangan pulak kau racist
apa yang sedang tersirat ini


Rindu usah lagi bicara
walau tahun masih ada
hanya tuhan tahu apa ada
bila ada mesranya terasa
melompat girang cecah langit


Rasa bagai lepas angkasa
jantung liar begitu lincah
entah apa perasaan ku 
tapi yang pasti senang sekali 
di samping bunga ini

Hanya khabaran masih takut
takut hati bergaram
baik pergi mati
tapi satu hari pasti
kau akan mengerti
waktu menunggu waktu.







Thursday, 9 August 2012

Hidup

Hidup hanya sementara
bangun semula di akhir
usah kau menyesal

Hidup sebuah persaingan
bukan duniawi semata mata
tetapi ukhrawi jua

Hidup umpama roda
kadang kadang dia atas
kadang kadang di bawah

Hidup satu pengorbanan
mengerjakan kewajipan
bahagia kekal abadi

Hidup itu palsu
penuh dengan pembohongan
namun masih ada kebenarannya

Hidup satu perjalanan
tempuhi dengan penuh liku
menuju destinasi yang satu









Saturday, 14 July 2012

Celaan mensia-siakan umur

Modal untuk membolehkan anda membeli kebahagiaan yang abadi dari Allah taala
ialah umur anda
Waspadalah,jangan sampai anda membelanjakan masa anda,hari anda,saat anda
 dan nafas anda pada sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermanfaat
Kelak anda akan menyesal dan berdukacita sesudah mati
Ketika itu barulah anda sedar
bahawa anda telah mensia siakan umur anda di masa hidup di dunia dahulu

Monday, 9 July 2012

Kecewa

Hati berdebar otak berputar badan terketar ketar
Tatkala mimpi digeruni menjadi kenyataan
Mahu saja diratapi dilontarkan seribu puluru
Melelehkan askara di bibir bibir katana
Kenapa perlu gagal atas kesenangan bagi orang lain
Tiap tiap hariku gusar menyucuk momen riang
Diletakkan bidadari di hadapan
Lain dipandangnya ditarik nafsu sejengkal
Bodoh itu sahaja yang dapat digambarkan
Masa menjadi pengancam yang lara
Dengan sekeliling hitam menggoda
Segalanya serba tak kena
Hanya doa menenangkan segala purba
Itulah yang digambarkan tatkala hati
berasa KECEWA