Wednesday, 24 October 2012

Rentetan pengorbanan

"Kalau nak berjaya perlulah berkorban.Kejayaan menuntut pengorbanan" katanya dengan nada yang bersemangat.

Apakah yang tersirat di sebalik pengorbanan?Adakah hidup ini satu pengorbanan?Manusia mana tahu apa yang mereka hendakkan di dunia.Mereka semua penipu.Melahap jantung saudara sendiri kemudian menuding jari mencari arah.Si mangsa meronta ronta seolah dirogol jiwanya meratap tidak bersuara hanya mampu teteskan air mata.

Semua mesti tercangak cangak tapi apa sebenarnya yang berlaku.Manusia mudah lupa,mudah leka,mudah alpa.Mereka tidak pernah menghargai pengorbanan teman mereka.Tidaklah maksudnya pula seperti wang masa dan tenaga.Tetapi memberi hati naluri mereka,memberi seluruh jiwa raga mereka.Setelah itu mereka mengkhianatinya,tetapi mereka sendiri tidak perasan.Habis madu sepah dibuang.Bila berhadapan manisnya momen,bila berjauhan hilang segala galanya.

Aku rasa kehilangan.Aku rasa kesunyian.Berasa seperti ditipu oleh manusia manusia sepejuangan.Tetapi mereka tidak tahu.Hilang jiwa,hilang rasa,mengapa perlu ratap?

"Manusia tidak mahu bersendirian tetapi masa menyendirikan sendiri"
Adakah masa menjadi musuh?

Semoga berkekalan selalu

Monday, 22 October 2012

Berubah hati

Sebilah bibir katana lincah
bermain di liku liku hati
sakitnya tidak berapa
tapi tiada kuasa melawan

Di mana semua rasa
hilang di arus masa
kau tidak seperti dulu lagi
tetapi tidak pula aku kenal yang dulu
mengapa perlu sakit hati

Manusia begitu lemah
kerana manusia bisa jatuh
lalu menyalahkan takdir
sedangkan perasaan adalah statik
kau begitu kejam
perlukah lupakan semua
cari yang baharu

Tuesday, 25 September 2012

Ilustrasi Dunia

Dunia tiada lain adalah bangkai yang menjijikkan
Di sana ada anjing anjing yang menghalau
orang yang mengambilnya
Bila engkau menjauhinya,bererti engkau telah selamat
Bila engkau mengambilnya,anjing anjing itu akan merebutnya
Berbahagialah orang yang membiarkan rumahnya
Dengan pintu terkunci dan melabuhkan tirai

Asy- Syafie

Sunday, 9 September 2012

Manusia berubah

Benarkah orang cakap manusia boleh berubah.sejauh mana kebenaran ini.Kalau mengikut pengalaman adakah anda telah mencapai tranforamasi dengan diri anda yang lepas.Manusia boleh berubah dengan sekelip mata,sepantas kilat,telah menjadi hukum karma sejak turun temurun.Persoalannya mengapakah mereka berubah,orang kata berubah ke jahat cepat sekali berbanding berubah ke baik.Mungkin kerana persekitaran,tidak syak lagi dan pasti kerana sudah terbukti dengan diri sendiri.Semua orang pasti merasa kerana tiada manusia dilahirkan sempurna sehingga mati.


Tuesday, 4 September 2012

Suka,minat atau cinta

Orang cakap jatuh cinta itu indah
memang betul indah sekali
bila dah bangun tercangak cangak
mula rasa bosan cari sadungan
kerana ramai tidak mengerti
bezanya suka minat dan cinta

Tapi entah mengapa
takut untuk menghadapinya
mungkin dia terlalu wanita
Iras iras cina begitu
jangan pulak kau racist
apa yang sedang tersirat ini


Rindu usah lagi bicara
walau tahun masih ada
hanya tuhan tahu apa ada
bila ada mesranya terasa
melompat girang cecah langit


Rasa bagai lepas angkasa
jantung liar begitu lincah
entah apa perasaan ku 
tapi yang pasti senang sekali 
di samping bunga ini

Hanya khabaran masih takut
takut hati bergaram
baik pergi mati
tapi satu hari pasti
kau akan mengerti
waktu menunggu waktu.







Thursday, 9 August 2012

Hidup

Hidup hanya sementara
bangun semula di akhir
usah kau menyesal

Hidup sebuah persaingan
bukan duniawi semata mata
tetapi ukhrawi jua

Hidup umpama roda
kadang kadang dia atas
kadang kadang di bawah

Hidup satu pengorbanan
mengerjakan kewajipan
bahagia kekal abadi

Hidup itu palsu
penuh dengan pembohongan
namun masih ada kebenarannya

Hidup satu perjalanan
tempuhi dengan penuh liku
menuju destinasi yang satu









Saturday, 14 July 2012

Celaan mensia-siakan umur

Modal untuk membolehkan anda membeli kebahagiaan yang abadi dari Allah taala
ialah umur anda
Waspadalah,jangan sampai anda membelanjakan masa anda,hari anda,saat anda
 dan nafas anda pada sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermanfaat
Kelak anda akan menyesal dan berdukacita sesudah mati
Ketika itu barulah anda sedar
bahawa anda telah mensia siakan umur anda di masa hidup di dunia dahulu